Aku tak ingat bila pertama kali aku kenal dia. Tapi yang pasti, mestilah masa aku tingkatan 4. Sebab kelas kami sama. Hmmm.... Mula-mula, memang aku agak canggung. Yela,aku tahu Syasya tak selesa berkawan dengan aku. Malah, Ahmad cakap dia anggap aku rampas Amy dari dia. Syasya.. Sumpah aku tak ada niat. Aku cuma nak berkawan sahaja. Aku pun nak berkawan dengan kau.
Tapi, makin lama dia makin baik dengan aku. Tapi aku masih tak tahu sejauh mana keikhlasan dia. Adakah dia betul-betul jujur atau sebaliknya.
Berbalik pada Syasya. Seingat aku, masa cuti penggal pertama hari tu kot. Dia "LAMAR" aku jadi BFF dia. Dia cakap, dia buat macam ni sebab dia tak nak malu sendiri lagi. Aku terima. Sebab aku rasa, dialah kawan baik PERTAMA aku dalam hidup ni. Dulu aku kawan dengan GENG MASA DIA. tapi tak lama pun. Naik je tingkatan 4, semua dah berubah arah.
![]() |
Janji Kau pada satu ketika dimana kau dikecewakan dia... |
Aku suka semua benda tentang kau,kecuali satu. Kau selalu minta tolong dari aku untuk selesaikan sesuatu masalah yang kau alami. Tapi,mana kau pergi lepas tu? Kau campak aku masuk dalam masalah kau, dan kau lari tinggalkan aku.. Kau tak faham? Meh sini aku bagi kau contoh yang kau dah buat pada aku.
1.) Hari tu, kau yang beriya-iya plan nak BASH Izzuan kan? Aku tak tahu apa-apa pun mula-mulanya. Masa kita PRENG dia. Apa kau buat? Kau bagi isyarat kat belakang aku. Kau cakap kat Izzuan jangan ambil pusing apa yang aku cakap.(lebih kurang macam tu) Padahal, itu semua idea siapa? Semuanya Idea kau,Syasya. Kau yang plan. Tapi lepas tu, Izzuan ok je layan kau. Siapa yang dia benci? Aku,sya.... Aku yang dia benci. Aku yang dia anggap dah jatuhkan air muka dia. Aku yang dia anggap dah plan semua tu. Kau? Dia masih kawan dengan kau. Dia anggap kau suci. Baik.
Macam ni ke, kawan yang kau cakapkan tu? Kau guna aku, Syasya. Kau guna aku untuk permudahkan hidup kau. Apa salah aku pada kau?
Aku ni bodoh kan? Bodoh sangat sebab tak nampak semua tu. Kau bukan sahaja duduk atas penderitaan aku. Tapi kau siap menari-nari lagi. Tahniah SYASYA.. Macam ni permainan kau rupanya. Aku dah nampak.
![]() |
Aku tak menyesal dibenci sebab kau. Sebab dalam hati aku, kau tetap kawan aku. |
No comments:
Post a Comment