Life is not just an adventure

Kehidupan ibarat sebuah buku yang kita tak akan tahu kesudahannya jika kita tidak membacanya dari bab ke bab. Hayatilah makna sebuah kehidupan. Yang dimaksudkan kehidupan duniawi itu tak akan berulang dan tak akan kekal~

Sunday 8 July 2012

Semua Tentang Abang Zack

Aku start kenal dia time tarian. Eh! bukan aku yang masuk tarian. Anis and Putri. Aku teman menyibuk je dekat situ. Haha :D Radio tu rosak. Cuak gila aku. Budak-budak ni lagi nak usik aku. Tapi dia tolong aku. Tapi time tu, tak ada lah aku perasan sangat dia ni. Aku anggap dia budak bawah je. Yela. Dia baru Form 3. Aku lagi senior la. Aku dah Form 5. Eceh!! Berlagak.

Dipendekkan cerita,dia selalu bagi salam kat aku bila terserempak. Aku pelik juga pada awalnya. Tapi lama-lama dah biasa. Eh! Fardeen kawan dia. Aku memang agak rapat la dengan Fardeen tu. Dengan dia, aku tak ingat bila aku start rapat. (Hilang ingatan sudah)

Dari Anis, aku dapat nombor phone dia. (Gatalnya aku ni) Time tu aku tengah gaduh sikit ngan Fardeen. Mau tak nya. Dia pukul aku. Sakit bhaii. Hari sabtu tu, aku try call dia. Berderau juga la darah aku bila dia jawab. Eh! aku pulak, sebab cuak and kelu,aku cakap salah nombor. Apa pun tak boleh lah!!

Tapi last2 aku ngaku juga lah dekat dia, siapa aku. Dia pun okey je. Nasib baik. Mesej and call. Aku startsuka dia. Mula-mula tu aku nak jadikan dia mangsa stalker aku je. Saja nak kacau-kacau. Yela,dia ni boleh tahan comel orangnya (bagi aku la). Lagipun time tu aku tengah couple dengan Shah.

Makin lama aku kenal dia, makin aku sukakan dia. Tapi bukan lagi suka. Aku rasa dah jatuh hati kat dia. (Eh! tak boleh.. tak boleh.. dia junior) Astaga! Macam mana ni. Aku tak tahu nak buat apa. Hati aku memang tak keruan bila jumpa dia. Tapi nasib baik aku ni jenis selamba. Dalam hati, Allah sahaja yang tahu.

Aduh! budak-budak tarian ni cepat je perasan aku suka Zack. Siot betul. Aku harap-harap Zack tak perasan. Ntah la. Abaikan. Aku suka tengok dia. Selalu juga bertentang mata dengan dia. #Oh Em Gee... Memang panahan asmara la. Ewah!

Hati aku rasa bahang cemburu bila dia story pasal Ex dia. Aku tak ingat nama nya.. Tapi ada Alfatika Wahyu.. Ntah la. Abaikan. ye! Diorang clash bukan sebab gaduh, or lain-lain. Tapi sebab Budak tu tak nak Zack malu sebab dia orang Indon. K fine. Aku jelous. Jelly.. Jelly... Bencinya dengan perasaan ni.

Sejak kenal dengan dia, memang aku banyak berperang dengan perasaan sendiri. Dah macam peperangan tau, Rasa rindu gila bila tak nampak dia sehari. Eh! Saya memang the best stalker sebab aku boleh hafal semua tentang dia. (Yang aku dh kaji la)

Rasa tak percaya. Dia adik CRUSH Amy. Si Abang Sasa tu. Pergh! memang tak sama and mereka tak rapat. K fine. Macam mana boleh jadi macam tu? Oh Amy... Sudikan awak menjadi kakak ipar saya... Awak ambil Abang, saya ambil adik.
This is how Princess Life go on ~ ^_^

No comments:

Post a Comment