Life is not just an adventure

Kehidupan ibarat sebuah buku yang kita tak akan tahu kesudahannya jika kita tidak membacanya dari bab ke bab. Hayatilah makna sebuah kehidupan. Yang dimaksudkan kehidupan duniawi itu tak akan berulang dan tak akan kekal~

Sunday 29 July 2012

Kau Hanya KEnangan Dalam Hidupku

Aku sendiri tak faham dengan apa yang aku rasa. Apa yang aku fikir. Dan bila aku pasti dengan semua persoalanku itu, aku jadi hilang punca. Dimana harus aku luahkan? Pada siapa?

Aku tak tahu sama ada perlu atau tak untuk aku berkata bergini. Tapi, ikhlas dari sudut hati aku, korang yang baca ni. Hargailah setiap detik korang bersama dengan insan-insan yang korang sayang.
Aku Buntu!!

Percintaan antara aku dan Arman. Sebuah kenangan yang tak mungkin aku dapat kecapi sekali lagi. Sebuah perkenalan yang dimulakan dengan salah faham. AKhirnya kita menjalinkan ikatan persahabatan. Dan dari sahabat itu, bertukar menjadi cinta. Amel masih ingat macam mana saat pertama kali Arman nak luahkan perasaan Arman pada Amel. Susahnya Arman nak cakap. Dah la Amel ni "loading..." dalam bab-bab macam ni.

First time jumpa parents Man, memang Amel kecut perut. Yelah,family Man semua Educated. Tambah pulak Man kan Mix Kanada. Apalah yang nak dibanggakan dengan Amel ni. Dah lah rupa tak ada. Perangai lagi lah. Out of list!! Tapi sebab Arman, Amel tabahkan hati dan pergi jumpa parent Man jugak. Nasib baik diorang ok. Lega sikit hati Amel ni.

Man nak tahu tak, Man first love Amel tau. Hahaha :D Man dah tahu tu,kan. And Man juga Abang Angkat pertama Amel. Waktu mula-mula kita couple, Amel tak nafikan yang Amel tak pandai lagi dalam bab-bab CINTA ni. Amel tak pernah jaga hati Man kan?! Kesian Man.

Dah banyak kali kita bergaduh. Sekali pun Amel tak pernah minta maaf. Asyik Man je. Kali terakhir kita bergaduh seminggu sebelum Man tinggalkan Amel buat selama-lamanya. Sumpah Amel tak tahu yang Man ada sakit leukimia tu. Kalau Amel tahu,Amel mesti akan hargai Man. Amel tak akan sia-siakan saat-saat indah dengan Man. Tapi Amel dah buat silap besar.

Sekarang Amel sensorang. Man dah tinggalkan Amel sensorang. 5/12/2010. Amel ingat tarikh tu lagi. Tarikh dimana Arman tinggalkan Amel. Man, kenapa benda jadi macam ni ye?  Arman tinggalkan Amel macam tu je. AMel tak sempat nak minta maaf dan berbaik dengan MAn. Man, Amel betul-betul menyesal Man.
Dulu tembok pemisah antara kita tu nipis, tapi sekarang ianya makin tebal dan tak mungkin
dapat kita tembusi~
Sekarang ni, semuanya dah tak ada makna lagi. Salah Amel sebab tak manfaatkan masa bersama Man dulu..
Semua tu hanya ada dalam ingatan dan mimpi malam Amel sahaja~

Di setiap alir darahku
Tersimpan di hati kecilku
Bahwa dirimu terindah untukku

Ku ingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia disini
Menemani... 

More lyrics: http://www.lyricsmode.com/lyrics/r/romance/#share

This is how Princess Life go on ~ ^_^

No comments:

Post a Comment