Life is not just an adventure

Kehidupan ibarat sebuah buku yang kita tak akan tahu kesudahannya jika kita tidak membacanya dari bab ke bab. Hayatilah makna sebuah kehidupan. Yang dimaksudkan kehidupan duniawi itu tak akan berulang dan tak akan kekal~

Tuesday 10 July 2012

Friendship ?? Ok Bye !!

Kisah ini tentang Aku dan Syasya.
Aku tak ingat bila pertama kali aku kenal dia. Tapi yang pasti, mestilah masa aku tingkatan 4. Sebab kelas kami sama. Hmmm.... Mula-mula, memang aku agak canggung. Yela,aku tahu Syasya tak selesa berkawan dengan aku. Malah, Ahmad cakap dia anggap aku rampas Amy dari dia. Syasya.. Sumpah aku tak ada niat. Aku cuma nak berkawan sahaja. Aku pun nak berkawan dengan kau.

Tapi, makin lama dia makin baik dengan aku. Tapi aku masih tak tahu sejauh mana keikhlasan dia. Adakah dia betul-betul jujur atau sebaliknya.
Awal tahun ni, aku dan Syasya dikejutkan dengan statement Amy. Dia cakap yang dia tak pernah anggap kitorang ni kawan baik dia. Hanya kawan. Tanpa ada sebarang keistimewaan. Aku memang terkejut dan terasa. Tapi tak laa seteruk yang Syasya alami. Yelah! Dia dah berkawan dengan Amy dari Tingkatan 3. Dia anggap Amy sebagai kawan baik dia. Sampai dia sanggup simpan rasa cemburu dan sakit hati bila aku rapat dengan Amy. Syasya luahkan perasaan sakit hati dia pada aku. Dia cakap yang dia malu sangat. Tak sangka yang selama ini dia cuma bertepuk sebelah tangan. Cuma dia yanganggap Amy macam tu. Hmmm.. Aku tak boleh nak cakap apa sebab aku tak kenal Amy tu macam mana orangnya. Aku takut aku salah cakap. Nanti mesti jadi fitnah. Tapi perasaan sakit hati tu memang ada. Tapi untuk pihak Syasya. Aku tahu yang dia kecewa sangat. Aku ingat lagi, bertapa beriya-iya nya aku dan Syasya nak pertahankan AMy masa dia kena tuduh ajar Ezna ponteng. Aku sampai sanggup bergaduh-gaduh dengan mak Ezna. Macam-macam aku buat untuk pertahankan dia. walaupun aku terpasa menahan kutukan dan kebencian orang. Padahal, bila difikirkan balik, aku tak payah masuk campur pun tak apa.

Berbalik pada Syasya. Seingat aku, masa cuti penggal pertama hari tu kot. Dia "LAMAR" aku jadi BFF dia. Dia cakap, dia buat macam ni sebab dia tak nak malu sendiri lagi. Aku terima. Sebab aku rasa, dialah kawan baik PERTAMA aku dalam hidup ni. Dulu aku kawan dengan GENG MASA DIA. tapi tak lama pun. Naik je tingkatan 4, semua dah berubah arah.
Janji Kau pada satu ketika dimana kau dikecewakan dia...
Syasya,aku mintak maaf sebab selama ni, aku banyak buat salah dekat kau. Aku tak pernah jaga perasaan kau.

Aku suka semua benda tentang kau,kecuali satu. Kau selalu minta tolong dari aku untuk selesaikan sesuatu masalah yang kau alami. Tapi,mana kau pergi lepas tu? Kau campak aku masuk dalam masalah kau, dan kau lari tinggalkan aku.. Kau tak faham? Meh sini aku bagi kau contoh yang kau dah buat pada aku.

1.) Hari tu, kau yang beriya-iya plan nak BASH Izzuan kan? Aku tak tahu apa-apa pun mula-mulanya. Masa kita PRENG dia. Apa kau buat? Kau bagi isyarat kat belakang aku. Kau cakap kat Izzuan jangan ambil pusing apa yang aku cakap.(lebih kurang macam tu) Padahal, itu semua idea siapa? Semuanya Idea kau,Syasya. Kau yang plan. Tapi lepas tu, Izzuan ok je layan kau. Siapa yang dia benci? Aku,sya.... Aku yang dia benci. Aku yang dia anggap dah jatuhkan air muka dia. Aku yang dia anggap dah plan semua tu. Kau? Dia masih kawan dengan kau. Dia anggap kau suci. Baik. 

Macam ni ke, kawan yang kau cakapkan tu? Kau guna aku, Syasya. Kau guna aku untuk permudahkan hidup kau. Apa salah aku pada kau? 

Aku ni bodoh kan? Bodoh sangat sebab tak nampak semua tu. Kau bukan sahaja duduk atas penderitaan aku. Tapi kau siap menari-nari lagi. Tahniah SYASYA.. Macam ni permainan kau rupanya. Aku dah nampak. 
Aku tak menyesal dibenci sebab kau. Sebab dalam hati aku, kau tetap kawan aku.

This is how Princess Life go on ~ ^_^

No comments:

Post a Comment